Followers

Friday, April 3, 2015

Rahsia kempiskan perut?

Mesti ramai wanita-wanita di luar sana yang paling stress bila bercerita tentang masalah perut nih. Bagi orang-orang macam kami ni (udah beranak) lagi stress sebab perjuangan untuk berperang mengembalikan perut menjadi slim amatlah sukar sekali. Walaupun saya nih petite (kecik molek katanya...haha) orang selalu salah anggap kami tiada masalah kegemukan atau perut buncit. Kalau sudah namanya mak orang, perut dah pernah mengembang... jangan mimpi boleh slim macam Kim Kardashian tu dek non oii...

Ok. Back to the topic rahsia nak kempiskan perut nih. Mulanya saya pon give up. Sebab saya bukan jenis yang suka makan jamu atau supplement mahupun konsisten nak buat sit up. Jadi saya pilih jalan paling mudah yang tak perlu keluarkan kos mahal-mahal. Tapi dalam saya malas nak exercise tu saya masih lagi boleh meneruskan usaha saya mengempiskan perut.

Anda hanya perlukan bengkung dan losyen panas. Tu je? Ya. Itu sahaja.

Saya adalah orang yang sangat sibuk dan perlukan keselesaan ketika bekerja. Jadi saya tak pakai semasa waktu bekerja di siang hari. Tapi saya pakai waktu malam sahaja. Lepas-lepas mandi petang tu, sapu losyen panas (saya guna Pati Mustajab) dan pakai bengkung. Saya guna jenis strap sebab mudah nak selak dan senang nak adjust. Mula-mula tu memangla kita rasa kekok sebab kekadang dia bergulung atau keras. Tapi lama-lama ok je. Bergulung sikit-sikit kat hujung tu biasalah. Yang penting dia masih wrap ketat kat perut. Sebab kita nak biasakan perut kita berada pada keadaan padat dan fit. Saya pakai dalam 3 ke 4 jam konsisten setiap malam. Bila nak tidur tu bukalah. Sebab waktu tidur tidak digalakkan pakai ketat-ketat untuk menjaga sistem pernafasan dan peredaran darah kita.

Walaupun sekejap je jangka waktunya...tapi bila konsisten setiap malam insyaallah akan ada perubahan. Apa pun yang kita buat memang kena ambil masa dan bersabar. Tapi yang bestnya...sambil-sambil kempiskan perut kita boleh buat apa yang kita suka. Memasak, kejar anak, main FB, layan TV dan makan! Dan yang lagi best, bila pakai bengkung ni kita makan pon berpada-pada sebab cepat kenyang perut dah sendat. So, takdelah kita telan ikut suka tekak kita.

Saya pilih bengkung strap yang ada stretchable double strap depan dia. Sebab dia boleh adjust saiz dia. Sebab saya ada masalah dengan saiz. Saiz memang dah S tapi perut buncit. So takde saiz lain yang lebih kecil dari S jual kat kedai. Yang ni free size. boleh adjust dari sebesar-besar perut sampai sekecik-kecik perut. Sangat best. So, sape-sape yang nak cuba boleh try cari kat tesco.

Kos bengkung = RM24.90
Kos losyen Pati Mustajab = RM22
Jumlah = RM 46.90 sahaja



Nak lagi cepat berkesan. Waktu siang tu pakai girdle supaya perut maintain fit. Lama-lama bila terlupa nak pakai pun kita dah terbiasa tahan nafas kempis perut (ini pun salah satu cara senaman kempiskan perut).

Boleh cuba ya!

3 comments:

Unknown said...

mne nk dapat kn bengkung strap ?

Unknown said...

mne nk dapat kn bengkung strap ?

Moshimasha said...

Dekat mydin ade