Followers

Tuesday, February 4, 2014

Tips Diet Wanita Bekerjaya


WANITA yang bekerja berisiko mengalami stress kerana tuntutan pekerjaan. Hasilnya, pola pemakanan yang tidak teratur dan gaya hidup yang kurang sihat akan mengganggu sistem badan .Jika anda seorang wanita bekerjaya, adalah sangat penting untuk menerapkan diet sihat dan kekal fit dan aktif. Berikut sedikit perkongsian yang saya dapat daripada Boldsky. Jom kita sama-sama amalkan dan kekal fit.

Minum jus lemon hangat

Untuk tetap sihat dan energetik, anda harus memulakan hari anda dengan segelas jus lemon hangat. Ini akan membantu  mendetoksifikasikan tubuh dengan mengeluarkan asid yang berbahaya. Selain itu, untuk menambahkan kesedapan dan lebih khasiat, campurkan sedikit dengan madu asli.

Minum teh dengan biskut

Minum teh dengan biskut merupakan tips diet penting bagi wanita yang bekerja. Anda tidak seharusnya minum teh dengan perut kosong, ini kerana ia akan menyebabkan kepedihan perut. Jadi, disarankan untuk minum teh hangat disulami dengan biskut rendah lemak atau boleh juga dengan roti wholegrain yang berkhasiat. Paling penting jangan biarkan perut anda kosong!

Rutin sarapan

Jadikan sarapan di waktu pagi sebagai kegiatan rutin yang wajib untuk dilakukan. Paling mudah dan cepat ialah dengan membuat roti sandwich dengan sayur-sayuran di dalamnya. Ia bukan sahaja sihat malah jimat dan ringkas. Kalau tak sempat buat, beli sahaja di kiosk-kiosk berdekatan. Sekarang sangat banyak roti berkhasiat.

Minum jus

Dalam melaksanakan tugasan harian, wanita perlu minum lebih banyak air, maka digalakkan dengan meminum jus buah-buahan  segar tanpa pemanis buatan atau gula di dalamnya. Kalau saya, saya lebih gemar makan yogurt. Mudah dibeli, murah dan boleh masuk handbag buat bekal. Paling suka perisa blueberry.

Makan siang

Jangan skip makan siang. Tujuannya adalah agar kita tetap sihat dan mendapatkan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh. Perbanyakkan sayuran hijau. Bagi yang tidak sempat memasak macam saya, paling mudah simpan sayur yang boleh dibuat ulam dan tahan lama. Hanya cuci, perah sikit dengan limau sambal dan ratah dengan nasi panas. Wow! sedap tau! (Nak lagi sedap cicah budu atau cencaluk! Hehe..yang ini kena kurangkan amalan sebab kandungan garam yang tinggi)

Amalan sihat

Ini merupakan tip diet penting bagi wanita yang bekerja. Untuk menjaga kadar glukosa yang seimbang dan mencegah rasa lapar, cubalah makan makanan ringan tetapi sihat dalam tempoh waktu yang tidak teralu lama. Elakkan makanan bergoreng seperti nugget, sosej dan sebagainya. Nak mudah, simpan bekalan cereal dan boleh buat kudapan. Paling sedap Kellog's cereal diet yang ada kismis dan campuran healthy fruits. Boleh kunyah sampai licin. 

Jom ramai-ramai kita amalkan dan hidup dengan sihat!

No comments: