Followers

Wednesday, February 12, 2014

Tips Mix & Match

Adalah sangat penting bagi seorang wanita untuk bijak mensuaipadankan apa yang ada di dalam wardrobe nya. Kenapa begitu? Sebab utamanya ialah wanita sering menghadapi masalah yang sangat besar iaitu 'Tidak Pernah Cukup Baju!'.

Ini adalah masalah zaman-berzaman. Hehehe... pada saya ia memang tidak ada penyelesaian. Gemar bershopping dan kelihatan cantik adalah naluri setiap wanita. Tidak salah selagi kita mampu dan tidak menyusahkan orang lain. Namun mungkin bagi sesetengah wanita seperti saya yang tidak selalu dapat bershopping (walau apa jua sebabnya), salah satu yang dapat membantu ialah mix & match apa yang anda ada.

Tidak perlu pakai satu persatu dan gayakan di hadapan cermin. Cukup sekadar susun dan padankan. Untuk menampakkan lebih sempurna letakkan sekali kasut dan handbag dalam kelompok suai padan anda. Pasti seronok! Sekali sekala di hujung minggu sambil melipat dan menyusun baju, suai padankan apa di tangan dan lihat hasilnya. Mesti anda tidak akan rasa tidak cukup baju lagi lepas nih. Tiba-tiba terasa banyaknya pakaian yang sudah di mix & match tapi belum sempat digayakan.

Ini contoh jeans lama saya:
Old GUESS Jeans + White puffy sleeves blouse + Black comfy pumpshoes by THARA

Dan ini adalah skirt formal yang asal pasangannya adalah bersama mini modern kurung.
Turquoise mermaid skirt by Jovian Mandagie  + Dusty pink blouse (with blink blink colar) + Soft pink comfy pumpshoes by THARA.

Less is more!
Selamat mencuba!


No comments: