Followers

Saturday, February 22, 2014

Dulu & Sekarang

Independent atau Degil?
 
For some people, mereka yang dulu bukanlah yang sekarang (ecewah...lagu tegar plak). Itu bagus jika berubah ke arah kehidupan yang lebih baik, lebih berjaya dan lebih sempurna. As for me, ada beberapa kedegilan dalam hidup saya yang tidak pernah berubah. Kalau orang tua-tua kata 'ketegarq' dan keras kepala. Tapi kadangkala kerana kedegilan dan keras kepala itulah yang membuatkan saya kuat dan terus berusaha untuk dapat dan capai apa yang saya mahukan. 


Throwback sikit zaman sekolah rendah dulu. Semasa darjah 4, saya dipilih untuk berlakon di dalam sebuah pertandingan drama sekolah bertemakan kisah dongeng. Saya tahu saya TIDAK TAHU berlakon. Kaku jangan cakaplah dan biarkan sahaja disuruh itu dan ini dan dibuli. Rasa benci yang amat sangat. Dan pastinya drama itu kalah. hahaha...Tahun depannya, semasa darjah 5, saya masih mahu terlibat dalam pertandingan drama itu. Tetapi sudah pasti bukan sebagai pelakon. Guess what! Saya ambil cabaran untuk jadi PENGARAH! Saya register siap-siap satu drama kisah dongeng yang orang lain tak pernah terfikir nak buat. Lepas tu baru saya fikirkan nak cari pelakon. Siapa lagi yang jadi mangsa. Tentu sahaja kawan-kawan baik saya. (Terima kasih kawan-kawan lama yang dah lost contact: Salwanis, Siti Nazarina dan lain-lain tak ingat nama dah).

Kisah: Puteri Sentubong dan Puteri Sejinjang (Lagenda Negeri Sarawak).

Kalau orang bertanya, dari mana dapat idea itu, sebab saya selalu dengar lagu tema negeri Sarawak itu di TV dan saya dengar-dengar kisah ringkas dari arwah mama saya. Entah betul entah tidak saya pun tak pasti. Tapi, saya berjaya menyiapkan skrip dan kisah itu ikut version saya sendiri. Hahahaha...Nama pon dongeng. Kita kasi dongeng habislah.

Walaupun kalah dalam pertandingan itu, kami dapat pujian dari cikgu. Masakan tidak, siap ada scene bergaduh guling-guling dan tarik-tarik antara dua puteri kerana berebutkan seorang putera raja. Hebat tak imaginasi time tuh. Sangat berterima kasih kepada kawan-kawan saya sebab sporting mendengar arahan saya. Hahaha. Ini semua penangan pengaruh drama TV juga sebenarnya. 

Tapi sebenarnya, saya sangat puas. Sebab saya berjaya buat apa yang saya suka. Sampai sekarang apa yang saya sedar tentang diri saya ialah, saya memang tidak suka disuruh-suruh. Kalau saya suka buat sesuatu saya akan willing dan buat bersungguh-sungguh. Nak kata saya suka jadi boss tidak juga. Sebab saya tak suka mengendalikan orang bawah saya ramai-ramai. Rasa rimas nak menjaga ramai orang. Dan saya sangat tidak suka orang benci saya. Kalau jadi boss mesti ada saja yang orang tak suka tentang boss dia.

Mungkin sebab itu jugalah saya suka buat bisnes sendiri. Keluarkan idea sendiri, promosi ikut cara saya sendiri. Sayalah boss, sayalah staff. Jatuh bangun, sakit sihat, tenggelam timbul, saya rasa puas sebab semuanya peluh saya sendiri. Seboleh-bolehnya saya tidak suka menyusahkan orang lain. Dan kadangkala saya sering tidak sependapat dengan idea orang lain. Sebab itu jugalah saya sukar untuk buat bisnes secara berpartner. Saya lebih suka ada tim yang bekerja kerana passion mereka dan bukan kerana wang semata-mata. Jadi kalau gagal atau jatuh kita kurang rasa kecewa. Partner paling sesuai semestinya suami saya sahajalah. Bergaduh ke, stress ke at least suami sendiri.

Mengapa saya sayangkan kerjaya hakiki saya, kerana saya suka dengan apa yang saya buat. Saya suka bercakap, saya suka berkongsi ilmu, sebab itu takdir saya jadi pendidik. Dan kenapa saya sayangkan bisnes saya, sebab itu juga passion saya. Saya sukakan fesyen, saya ada banyak idea yang ingin direalisasikan. Dan tak salah kalau saya komersialkan. Seronok tengok orang bergaya dan rasa cantik dengan hasil idea kita. Walaupun letih, rasa tidak cukup tangan, tapi kepuasannnya sukar diungkapkan.

Kesimpulannya, jika anda suka dengan apa yang anda buat, gagal atau sukar jangan fikirkan. Just keep on going and always do what you love. Anda akan rasa seronok dengan hidup anda. Dan ingatlah, samada cepat atau lambat, Allah akan sampaikan kita kepada apa yang kita inginkan. InsyaAllah.

Hidup kena enjoy!

2 comments:

Anonymous said...

Mel.....wanis skrg ni ngajar d sek rendah rengit, klu aku ada meetg tntg library, kami sll jumpa....siti nazarina, x tahu lak aku...roha

Miz Mel said...

Salwanis ke? oohhh...lamanya tak jumpa....