Followers

Saturday, September 20, 2008

Nice thing to be remebered

Islam Hadhari untuk Muslimah




Oleh Abdul Jalil Ishak
am@hmetro.com.my


MAJLIS sehari mengenai “Islam Hadhari Untuk Muslimah” anjuran Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, mendapat sambutan hebat.

Pelbagai acara menarik dijalankan termasuk bengkel kecantikan Mustika Ratu, teknik pemakaian tudung muslimah oleh Dara.com, bengkel keselamatan wanita 3R oleh pengacara TV3, Cellina dan Rafida, persembahan nyanyian , tarian kuda kepang, pertunjukan busana dan pertandingan siswi anggun.


Bagi bengkel kecantikan wanita, peserta didedahkan beberapa tip penjagaan badan, kepentingan jamu bagi wanita serta demonstrasi rawatan wajah dan solekan.
Kumpulan Dara.com yang mengendalikan cara pemakaian tudung menurut perspektif Islam, memperagakan pelbagai jenis tudung.


Sementara Cellina dan Rafida memberi penerangan biologi perbezaan jantina lelaki dan wanita serta penjelasan mengenai gangguan seksual di tempat awam.
Majlis itu mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEP), UPSI. Ia dirasmikan Ketua Puteri Umno Perak, Dr Wan Norasyikin Wan Nordin.

Dr Wan Norasyikin berkata penghayatan Islam Hadhari meletakkan wanita lebih berdaya saing, setaraf kaum lelaki namun mengekalkan kedudukannya mengikut perspektif Islam.

Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan Cawangan Perak, Politeknik Shah Alam dan UPSI, turut mengambil bahagian dalam acara pertunjukan busana dan pertandingan siswi anggun.

Beberapa institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Multimedia dan Universiti Utara Malaysia turut serta.

Hadir sama Timbalan Pendaftar JHEP dan Alumni, Zainab Othman, Yang DiPertua MPP, Ahmad Faizul Mohamed Noor dan Pengarah Program Islam Hadhari, Noorenzeeana Abdul Aziz.
Sementara itu, bagi acara pertandingan Siswi Anggun, johan disandang Melor Masdoki dari UPSI, Nor Fazlinda Sapon dari UPSI (kedua) dan Sharifah Syahirah Sheikh Kamaruzaman dari UiTM di tempat ketiga.

Tiga penyanyi berbakat, Nor Khamelia Esa, Nur Diana Kemaruddin dan Syazrah Semduin menghiburkan hadirin.

No comments: