Followers

Monday, May 11, 2009

~Nukilan Untuk Mama~

(pic babah & arwah mama masa baru2 lps kawin)


MusicPlaylist
MySpace Music Playlist at MixPod.com



Sejenak mengenang perjalanan hidup tanpa insan tersayang yg bergelar "mama". Selama 8 tahun setelah kembalinya ke rahmatullah sebenarnya bagai baru 8 minit yg lalu ia berlaku. Bukan mudah utk menerima kenyataan apabila insan yg teramat disayangi pergi dalam sekelip mata. Walaupun hati redha dengan ketentuan-Nya, namun kesannya cukup besar dan xakan hilang sampai bila2. Mengimbas kembali apabila aku terlewat sejam melihat saat2 terakhirnya cukup membuat aku betul2 terkilan. Apabila menatap sekujur tubuh yg telah kaku dihadapan mata, tidak terungkap perasaan yg membekam dalam diri. Airmata xusah nk dibedung lg. Sepanjang perjalanan dr hospital ke rumah dalam van jenazah, hati aku masih meronta2 mengharap dia hanya tidur sahaja dan mahu dia bangun semula. Begitulah sehingga dia dikapankan bila aku mengucup wajahnya, bagai xsanggup nak melepaskan. Aku pon xtahu apa yg aku fikirkan ketika itu.

Mengenang detik ketika aku mula melihat dunia. 28 march, pagi sabtu jam9.10 pagi aku dilahirkan seiring terbitnya matahari pagi. Begitu jugalah aku ibaratkan apabila matahari itu mula menyinari bumi, pada saat itu jugalah kasih sayang arwah mama aku mula rasai.

gembira...aku panggil mama,
sedih...aku panggil mama,
geram...aku panggil mama,
takut...aku panggil mama...
Nama itu akan tetap di hati ini walau jasadnya tiada lagi.

(aku dan tikar terbang)

Teringat ketika menjejakkan kaki ke sekolah rendah, dialah pembakar semangat ketika itu sehingga aku menjadi pelajar yg aktif. Aku tahu dia bangga dengan setiap kejayaan yg aku bawa pulang. Yg pastinya dia akan tersenyum menyambut aku pulang membawa hadiah sambil mengucapkan tahniah. Tidak dinafikan aku sebenarnya seorang yg keras kepala dan xsabar. Aku nih punya sifat ingin tahu yg tinggi. Setiap kali aku bertanya sesuatu pasti aku mahukan jawapan yg boleh diterima akalku. Dan yg penting aku suka pertikaikan jawapan yg diberi sehingga aku menangis2 dan merajuk sebab xpuas hati. Begitulah setiap kali kalu minta tunjuk ajar dari arwah mama di rumah. Dia sudah lali benar dengan perangai anak daranya yg sorang nih. Ada satu hari tuh, aku nak belajar menghitung jam dan minit (jam analog). Arwah mama dah sediakan jam loceng atas meja, pen dan pensil untuk dijadikan contoh jarum jam. Satu persatu dia terangkan. Tapi yg peliknya aku xpuas hati dengan penjelasan dia. Pastu aku mula keluarkan soalan2 spastik yg dia pon tahu aku saja provok sebab xnak mengaku kalah. dia tetap tenang menerangkan sekali lagi. Tapi aku tetap xpuas hati dan keluarkan lagi soalan2 budus. Sampilah akhirnya aku yg menangis sebab xpuas hati dan akhirnya merajuk. Itulah aku...

Setiap kali arwah mama ke sekolah untuk bertemu guru kelas aku ketika hari ibu bapa, aku pon dh tau apa topik yg akan diorang bincangkan. Sebab arwah mama dah gtau siap2 dr rumah dia nak megadu kt cikgu katanya yg aku nih keras kepala n xbleh dgr pndapat org lain. N setiap kali pastu, cikgu pon akan nasihat la kt aku bende yg sama. Tp aku xberubah pon. Hehe...

Masuk ke sekolah menengah, aku dapat sekolah berasrama. Sebelum tu pon aku dah pindah sekolah 2 kali sebab alasan xselesa. Bila dh kt sekolah asrama cuma bertahan seminggu jek coz rindu kt rumah. Padahal, rumah ngn sekolah lebih kurang 22km jek. Hahaha...dgn kedegilan aku, akhirnya aku balik bersekolah di kg jek. Lepas pmr pon camtu gak. Masuk ke sekolah asrama, lepas seminggu dh nak balik lg. siap call pengetua sek lama mengadu kononnya sekolah asrama ni xbest. Memandangkan aku nih pljr kesayangan pengetua lama tuh. Asyik call jek mengadu lama2 dia pon dah naik bosan nk melayan karenah aku. Hahaha. Arwah mama gak yg turun naik ke sekolah baru dan lama nak selesaikan masalah aku. Dan akhirnya berjaya pujuk aku utk teruskan kt sekolah asrama tu. Aku setuju pon bersyarat. Hehe. Setiap minggu arwah mama kene dtg ziarah aku picnic sama2 atas padang sekolah. hikhikhik. setelah perjanjian dibuat, akhirnya bersekolahlah aku kt situ sampai habis spm.

Bila dah masuk universiti, aku dh xcm dulu lg. Hehe..xmenangis lg. Tp bersemangat dok kt KL kononnya nk blaja sungguh2. Tp sebenarnya setiap dua hari sekali, kene call arwah mama gak utk dgr sore dia. Hehe. Wlpn sekejap. Dan setiap kali meletakkan telefon aku akan ucap " sayang mama". Dia akan jawab "sama2 sayang".... (airmata bergenang plak saat menulis nih).

Arwah mama pernah berkata "kalu dah habis blaja, kerja yg bagus2. xde apa2 yg mama mintak. kalu dpt hantar mama g umrah skali skala cukuplah". masih terngiang kata2 tuh. tapi belumpun sempat aku nak membuatkan dia bangga di hari konvokesyen, dia dh pergi dulu. Masa tu aku dalam semester terakhir sebelum practical training. Berderai airmata di hari konvokesyen sebab xdapat nk lihat dia tersenyum bangga tgk aku naik pentas.

Impiannya ialah dia nk aku jd guru. Aku cuba makbulkan. Aku sambung blaja amik pendidikan dan akhirnya beginilah. Aku dh pon kerja mendidik anak2 bangsa tp sayangnya aku juga xdapat nak lihat dia tersenyum bangga dgn apa yg aku dh buat skang. Bila renung balik. Alangkah beruntungnya tgk org lain yg masih ada ibu utk berkongsi apa2 je. Banyak ilmu yg aku xsempat nk dptkn dr dia sepenuhnya. Sukarnya nk lalui perjalanan hidup ni bila tpt yg boleh kita berkongsi apa saja dh xde.

Satu perkara lg yg menarik, actually perangai xbaik aku gak. Hihi. Time tu kt universiti la. Ngah cuti semester. Dok lama2 kt kg maka, naik bosan. Nk g ikut babah (gelaran 4 my dad) g kuar dia xbg. Memandangkan aku ni kuat majuk, maka aku mula wat hal. Adeke xnk mkn n minum sampai 2hari semata2 nk tunjuk perasaan sbb xdpt nk ikut babah. Ish2. mcm budak2. hehe. aku nih bila dh stress dok umah mula la wat perangai. Majuk tu sbb dh xde keje lain nk wat. hihi. so, puaslah arwah mama memujuk aku soh mkn. aku nih kalu dh membukam dlm hati sepatah perkataan pon xkua. akunye style kalu tnjuk perasaan, ibarat mulut kena zip. tanyala apapon, pujukla apa pon. aku cuma diam membisu jek. soh wat keje aku wat, tp protes tetap berjalan. hehe. sampailah bdn dh naik lemah. Arwah mama siap masakkan soto ayam kegemaran aku semata2 nk pujuk aku mkn. Babah plak dh naik angin siap g balai polis ugut aku sbb xdgr ckp katanya.padahal aku xckp pape pon.cuma mogok lapar n mogok bisu jek. ish2. last2 sorng polis ppompuan dtg umah gara2 babah soh pujuk aku. lgler aku tention. adeke sampai ke situ jadinya. konon2 polis tu jd pakar motivasi la kot. tp x memotivasikan aku lgsg pon. dia korek2 rahsia la konon nk tau apa mslh aku. masalah aku skang, aku xde masalah pon. cuma majuk jek.so, nk terangkn pon ssh. bila aku ckp aku cuma majuk dia xpercaya plak. yela polis mana sama ngn counselor. pela yg dia tau. soal siasat penjenayah tau ler. aduyaiii....

sejak kes tuh, babah n mama terus kalu g mana2 bawa aku skali. takut aku bosan dok umah. n yg penting kang aku mogok lapar lg.ish2. bila teringat balik, budusnya perangai aku dulu....yelah...dah 10 tahun yg lepas...otak pon xmatang lg...cm kanak2 jek.

Bila renung balik semua nih, betapa byknye bende yg aku xsempat nk wat utk arwah mama. jasa mmg xkan dpt terbalas. tp at least nk sgt share sama2 apa yg aku lalui setiap detik perjalanan kehidupan aku nih. Walaupun aku dh kawin skang nih. hubby jela yg hrp leh ganti peranan dia. at least nasib baik hubby ada ciri2 sabar cm arwah mama.sebab org yg ade peranan tuh jek yg bleh deal ngn aku yg kuat majuk tahap gaban nih.

Ya Allah, kalu lah aku boleh ulang balik semua nih, mesti aku pastikan aku dpt btolkan semua perkara. Banyak rasanya kesalahan dan kesusahan yg dh aku wat. Dulu2 setiap kali aku wat salah, kalu nk mintak maaf ngan arwah mama, aku akan tulis surat cinta...isi dlm sampul elok2...gam n bg kt dia. sebab aku nih jenis xbleh nk meluahkan dgn kata2 dpn dia. coz aku akan nangis n akhirnya apa yg aku ckp pun aku sndiri xpaham. So, bila aku tulis dlm surat dia akan baca. Pastu biasanya samada dia akan balas balik surat aku ataupun dia cuma tersenyum sambil ckp "mama dah maafkan, lain kali jgn buat lagi." (sebaknya...isk)

ish...kalu nk ingat balik semuanya terlalu banyak sgt...sampai bila2 pon xhabis. kesemuanya kerana kedegilan aku. Tp dia tetap sabar. Dia xbyk berkata2. tp orgnya cukup sabar. hatinya cukup lembut. kalau dia sedih n ada apa2 masalah dia akan diam dan simpan utk diri dia. xpernah aku tgk dia meninggikan sore kt babah mahupun suruh2 wat itu dan ini. Mungkin kerana mereka dan sama2 hidup susah dan sama2 susah payah sampai anak2 dia hidup selesa skang ni. walapun secara sederhana, tp Alhamdulillah kami dpt pendidikan dan ilmu. sebab itu jugalah dia adalah seorang yg cukup sabar dan tabah. sebab dh banyk susah payahnya dia membesarkan kami.

(skang bila dh jd wife org...)
Mama, aku akan tetap menyebut namamu. Hanya doa dan bacaan ayat-ayat suci yg dpt aku sedekahkan padamu. Ya Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yg solehah di sisi-Mu. Al-Fatihah....



3 comments:

mr genki said...

beb, sedih sgt baca posting nih...wa menangis beb...pertama kali menangis baca posting org lain...ingat blk kt arwah wak misah...dh la masa tu tk dpt balik masa meninggal...isk isk..emosi plk..mengalir lg air mata nih...huhuhu..

Wak Zailan said...

wak misah menda plak ko nih??

ko ada je laaa modal nak pekena orang tu!!!

Miz Mel said...

weh..wak lan! jgn menyampuk leh x. kalu xtau.bca n dok diam2...hahaha...