

Tersebutlah kisah tentang si jambu air berwarna merah. Pokoknya tidaklah sebesar mana. Namun buahnya cukup menggiurkan tekak bagi orang2 yg berposa. hehe.Buah jambu dipetik satu persatu namun akibat gangguan sang penyengat kecil yg mula berterbangan akibat diganggu habitatnya, telah membantutkan proses memetik buah jambu. Beberapa biji buah jambu yang bergayutan di dahan yg paling tinggi masih lagi tersenyum kerana tidak diganggu oleh si pemetik. Namun, akibat si pemetik buah jambu masih lagi merasakan ia belum puas kerana plastik yg dibawanya masih belum penuh. Maka, dia meneruskan usahanya dengan menggunakan buluh panjang yang tersadai di belakang stor rumahnya. dia pon mula mengait dan mengait dan mengait buah jambu itu sehinggalah ianya bertaburan di tanah. si jambu air terpaksa menerima kenyataan bahawa dia bakal menjadi habuan berbuka posa oleh si pemetik malam ini.
buah jambu diikat kemas dalam plastik dan diletakkan di depan pintu rumah. si pemetik telahpun bersiap2 untuk meletakkan si jambu air ke dalam keretanya. dengan tidak berfikir panjang dia terus sahaja memilih untuk meletakkan si jambu air di bawah seat belakang keretanya akibat terlalu banyak barang yang dibawa, maka hanya di situ sahaja ruang yg sesuai baginya.
Si pemetik buah jambu & pasangannya memulakan perjalanan. belum pun setengah jam perjalanan bermula, sang semut pula telah mula memunculkan dirinya. Ah! dari mana pula datangnya sang semut ni. Lantas, mata si pasangan melilau mencari punca. tangannya pula sambil mengibas2 kainnya akibat sang semut mula merayap ke segenap ruang kereta.
Hati si pasangan mula panas. mulutnya mula merungut2 akibat sang semut yang tidak mahu duduk diam. dia menyuruh si pemetik memberhentikan keretanya namun, akibat laluan lebuhraya yang tidak bersesuaian ditambah pula dengan kenderaan yg bertali arus, membuatkan perjalanan perlu diteruskan.
Sang semut terus bermaharajalela. dia mula memanjat cermin. si pasangan sudahpun panas hatinya. cis! semut buah jambu rupanya. Apasal la x dibersihkan dulu buah jambu tadi sebelum di bawa ke dalam kereta. dia mula membebel pada si pemetik.
Akibat kepanasan hati, si pasangan menyuarakan ketidakpuasan hatinya pada si pemetik namun, sindiran dan rungutan yang sama juga yg diterimanya. Maka, semakin membukam hatinya. AKibatnya, terjadi adegan bisu membisu lebih dari 12 jam, gara2 sang semut ini. Hai... semut... kenapa kau keluar dari jambu. hai la jambu, kenapa kau bagi laluan pd semut melekat pd kau.
hai la semut...hai la jambu....
No comments:
Post a Comment