Followers

Wednesday, March 14, 2018

TRAVELOG: KRABI

Percutian ke Krabi nih sebenarnya dah 2 tahun lepas (Dec 2016). Since I'm too busy with work, bila ada masa sikit masa tulah nak spend time dengan anak-anak. Then bila travel memang itula masa nak lupakan tentang kerja nak nak belek laptop pon kalau boleh taknak. That's the reason why blog ni on and off. 

Sebenarnya bercuti ke krabi ni adalah percutian yang paling mudah. If you're planning to travel alone atau nak belajar-belajar backpacking travel you can try Krabi. Semua dah tersedia depan mata. Not too worries about itinerary and food bagi yang pening fikir nak makan tempat orang. Tak perlu membazir duit guna travel agen. 

Step pertama; Book ticket flight waktu promo. Tak perlu tunggu Air Asia. Biasakan merajinkan diri ke website-website seperti Skyscanner, Airpaz, Cheapflights and banyak lagi. Jangan tak tau you all boleh dapat harga murah siap dengan free meal and luggage lagi. Banyak lagi Airlines lain yang offer murah-murah.

Step 2: Sampai Krabi cari hotel dekat area Aonang Beach. Boleh book awal dari Booking.com, Agoda, Trivago and mana-mana jelah. Mostly banyak promo kalau you all dah biasa guna and jadi members.

Step 3: Tak perlu terburu-buru beli tiket agen di airport. Yang penting beli simkad dulu. Barula puas nak online and update insta banyak-banyak nanti. Hahaha. Dari airport ke Aonang boleh naik teksi atau nak jimat naik bas. Semua ada orang dah tunggu and ada kaunter kat airport tu. Tak perlu risau. Bus pun normally dia akan tanya hotel mana and dia akan drop penumpang depan jalan besar depan hotel masing-masing. 

Step 4: Sampai Aonang beach, ada beratus-ratus kaunter / kedai agen yang offer ticket untuk semua aktiviti island hoping, elephant tracking, snake show and macam-macam lagi. Semua agen akan jual dengan harga yang hampir sama. Kalau rasa malas nak berjalan and survey beli kat kaunter hotel pun boleh. If rajin boleh  le jalan kaki pusing sekitar town dia tu dapatkan harga yang lagi murah. tapi xjauh beza mana pun. And yang bagusnya semua agen nih akan ambil kita kat hotel masing-masing untuk setiap aktiviti yang kita nak gi. balik pun dia hantar. So tak perlu risau.

Makanan halal kat Krabi ni sebenarnya sangat BANYAK! Walaupun begitu jangan main hentam masuk semua kedai. Pastikan ada logo halal ya. Tapi halal food is everywhere. Boleh repeat makan berapa kali nak sampai kembung perut. Hahaha.

Kalau raasa nak menjelajah sendiri boleh sewa motor scooter dia. Dalam RM25 untuk sehari. Pusing la puas2. No limit brape ramai naik motor tuh. Boleh hangkut skali 3 orang atas motor tu. Tak pakai helmet pun polis dia wat tak nampak. Sebab majority semua tourist kat situ sewa motor dengan pakaian pun tak proper sebab tepi pantai kan...Huhuhu...mata pun naik juling sana sini semua tak pakai baju. 

Town Aonang nih tak besar sangat tapi sangat padat dengan tourist. Especially Mat Salleh. Pantai dan pulau-pulau dia MasyaAllah memang sangat cantik. Kalau dah pergi rasa tak nak balik punyalah. Saya tak mampu nak detailkan percutian nih. Tapi hopefully review nih dapat bagi perasaan teruja kat pembaca untuk ke sana. So, silalah layan gambar-gambar kat bawah ni ya... 😎






























ENJOY KRABI!

No comments: