Followers

Tuesday, December 31, 2013

31 Disember 2013 - THE ROAD TO SUCCESS.

Apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun ini? Peningkatan kerjaya? Bertambah ahli keluarga? Bertukar bidang? Ramai kenalan baru? Apa sahaja yang kita capai panjatkanlah setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah S.W.T. Jika bukan kerana izin-Nya kita tidak akan dapat mencapai apa-apa pun.

Sedikit perkongsian apa yang SUKAR dan telah saya capai dalam 2013:
1. Jan - selesai menghantar Thesis sempurna yang tersangkut hampir 2 tahun.
2. Feb - berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai 'costume manager' (cabaran sukar banyak halangan dan dugaan tersirat) untuk teater amal Summer of Serendipity.
3. Mar - Pelancaran produk berjenama sendiri THARA.
4. Aug - Temuramah slot Apa Kata Wanita di TV1
5. Oct - Konvokesyen (Master in Economic Education) & Siaran slot Safiyya TV9
6. Nov - Collaboration dengan manufacturer of Bonia, Sembonia, Zang Toi, Renoma, Valentino Rudy and many others.
7. Dis - Great deal dengan manufacturer dari Bandung, Indonesia & Menerima tawaran projek untuk revolusi shopping website terbaru.

Apa yang saya senaraikan hanyalah sebahagian yang ingin saya kongsikan sebagai motivasi kepada individu lain. Anda tidak akan dapat mencapai sesuatu tanpa kegagalan. Kejatuhan, persengketaan, ujian keluarga dan pelbagai lagi ujian dan kegagalan saya tempuh sebelum tercapai apa yang saya inginkan. Ia tidak mudah seperti apa yang anda nampak di status update atau timeline saya setiap hari. Hakikatnya kami kerap mengikat perut malah menangis melihat anak-anak bersama bersusah-susah. Namun saya sedar, jika saya terus merungut dan mengeluh saya tidak akan mencapai apa-apa. Saya perlu tingkatkan usaha.

Asalnya perancangan saya ialah A,B dan C. Namun atas ketentuan Allah. Ia tidak seperti yang saya inginkan. Maka, untuk 2014 saya tidak akan pasang azam atau niat. Tapi saya pusingkan perancangan 360 darjah menjadi C, B dan A serta pacu matlamat saya terus supaya menjadi kenyataan. Saya tidak mahu berada di takuk sedia ada. Paling tidak setingkat lebih. Terima kasih kepada suami tercinta yang sentiasa menjadi tulang belakang saya.

Saya juga mahu anda semua bersama-sama saya. Think positive, Act positive. Hentikan merungut 'oh harga minyak naik, oh harga tol naik, oh harga barang semua naik'. Kita akan terus duduk goyang kaki dan kembali merungut sambil melihat apa yang kita tidak mahu terus berlaku di sekeliling kita. Go to hell with all that damn price! Kita ada misi yang lebih penting dalam hidup.

Petikan dari kata-kata Prof Dr Muhaya , "Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, akan menentukan apa yang kita akan buat". Jika kita berfikiran negatif, maka semua yang kita buat akan jadi negatif dan sebaliknya.

Misi 2014 saya telah siap. Salah satu yang boleh saya kongsikan ialah dalam tempoh 12 bulan saya mahu Thara Shoes sudah meniti di bibir-bibir pelancong yang turun naik airport. Semoga Allah permudahkan. Amin...

*Saya akan kembali repost status ini jika impian saya menjadi kenyataan.
 

No comments: