Followers

Saturday, February 1, 2014

Aku Pecinta Shawl

Dalam pada mengemas-ngemas dihujung minggu baru tersedar bahawa saya seorang pencinta shawl rupanya. Selama nih ikut suka beli dan lilit tiap-tiap hari ke tempat kerja tapi tak pernah perasan sangat banyak rupanya koleksi shawl saya. Cuma pada waktu-waktu emergency tak sempat nak melilit barulah sarung hijab awning ready, demi mengejar waktu atau anak-anak dah merengek bergayutan di kaki. 

Kat sini saya nak share beberapa favourite shops yang kerap saya beli kerana designnya, kualitinya dan harganya yang very affordable. Jika bijak memilih, kadang-kadang harga tudung tu sangat murah tapi kualiti bila pakai macam harga premium. 

Online shops;
1. Abeergarden  - koleksi shawl yang cantik dan sangat ringan, banyak menggunakan material chiffon. Paling suka koleksi butterfly shawl nya.

2. Colourfull Collection - Sangat banyak koleksinya, sampai kadang-kadang tak larat nak browse semua. Saya suka pada light thin chiffon shawl. Nipis dan ringan. Very elegant bila dipadankan dengan inner neck ninja.

3. Radiusite - Very nice and simple collection. Great quality. Plain chiffon shawlnya cantik-cantik.

Offline shops:

4. Fareeda - Harga premium. Kualiti premium. Tapi memang sangat puas hati dari segi keselesaan, design dan paling mudah untuk sarung dikepala. Perlu ada at least 1 (especially kalau nak attend majlis tertentu tapi tak cukup masa nak lilit-lilit shawl).

5. Mydin Mall (Subang Jaya) - U will never expect sebenarnya kualiti mydin pun ada yang bagus. If you have ample time, cuci mata dan belek-belek satu persatu pasti dapat yang sangat cantik dengan harga yang sangat murah! (Kebanyakakn tudung awning kualiti agak kurang elok disebabkan mereka ambil secara borong dan menyebabkan banyak defect. Tapi kalau koleksi shawl memang tidak ada masalah. Sometimes shawl yang sama harga RM20 ke RM30 di luar boleh dapat dengan harga RM9.90 sahaja. 

Some of my shawl collection adalah dari sutera China. Kebanyakannya saya borong semasa ke Hong Kong tahun lepas. Sangat ringan dan sejuk sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia nih. We need something comfy dan dalam masa yang sama masih menutup aurat dan bergaya. 



No comments: