Followers

Tuesday, July 19, 2016

SALAM AIDILFITRI




Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. This year agak galak shopping raya. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Kadangkala kita rasa sentiasa tak cukup dengan apa yang kita ada bila kita jauh dari Dia. Tapi bila kita rajin dekat dengan Dia, yang tak cukup itu pula tiba-tiba sentiasa cukup dan kadangkala lebih dari apa yang kita sangka. Itu keberkatan namanya. Syukur...

Apa yang seronok bila raya sebagai seorang mummy nih ialah bila membeli untuk anak-anak. Sentiasa dahulukan mereka. Seronok dan rasa bahagia bila tengok anak-anak gembira. Especially bila diorang tak sabar-sabar nak sambut raya, Masa kita kecik-kecik dulu pon macamtu jugakan. Jadi, bila dah jadi mak orang nih kita transferlah keseronokan dan rasa galak beraya tuh kat anak-anak pula. Jangan dibuang dan dilupa adat budaya. Biar mereka rasai pengalaman apa yang kita rasa. 

Kalau rasa saudara-mara dah makin jauh, dan makin kurang...maka kita dekat-dekat kan. Biasalah  bila umur kita menginjak dewasa, orang-orang tua semakin ramai meninggalkan kita. Kadang kita rasa dah takde saudara mara nak berkunjung macam dulu-dulu. Padahal anak cucu nya masih ada. Maka janganlah diputuskan talian persaudaraan itu. Yang xkenal kita berkenal-kenalan. Kalau tidak sampai masa kat anak cucu kita dah lupa saudara mara. Insyaallah....

Oklah. Semoga raya kita kali ini menjadi raya yang bermakna buat kita semua selepas sebulan mengumpul ibadah di bulan Ramadhan. Semoga ibadah kita diterima. Insyaallah. Amin...Selamat Hari Raya. 


Ikhlas dari;
Mel, Reduan, Melissa & Ahnaf
(2016)

No comments: