Followers

Friday, June 17, 2016

Tips Bersenam di Bulan Puasa

Menurut Hamid Ahmad (2009), berpuasa memberi kesan yang baik terhadap keseluruhan sistem badan manusia terutama sistem penghadaman. Secara amnya, berpuasa dapat memberi kesan terhadap sistem tubuh badan, minda serta psikologi dan rohani. Tubuh badan kita sentiasa terdedah kepada bahaya toksin atau radikal bebas yang menjadi faktor kepada jangkitan penyakit atau kecederaan.
Tabiat pemakanan yang tidak berkhasiat, pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam menjalani kehidupan seharian menyebabkan banyak toksin berkumpul di dalam badan. Justeru itu, dengan berpuasa dapat merehatkan sistem organ dalaman, mengekalkan serta menyeimbangkan sistem hormon, metabolisma dan sistem saraf. Menurut kajian, dengan berpuasa otak akan mengeluarkan bahan yang berbentuk opioids yang terdiri daripada enkephalins dan endorfin. Bahan kimia ini akan menghasilkan ketenangan sepanjang menjalani ibadah berpuasa. Secara tidak langsung psikologi kita akan lebih tenang dan lebih rasional untuk bertindakbalas terhadap rangsangan yang tidak diingini seperti tidak cepat marah dan lebih bersabar apabila ditimpa musibah.
Dalam keadaan tubuh badan yang lebih sensitif untuk bertindakbalas, adalah lebih mudah untuk melihat kesan senaman itu terhadap tubuh badan kita. Namun begitu, tidak digalakkan senaman yang terlalu berlebihan sehingga menyebabkan keletihan melampau dan dehidrasi. Oleh sebab itu pengambilan makanan yang sihat semasa bersahur dan berbuka adalah sangat penting bagi menjaga zat badan. Begitu juga dengan amalan meminum air kosong yang mencukupi sangat penting bagi mengelakkan masalah dehidrasi.

Kajian di dalam Jurnal Nutrisi juga membuktikan bahawa orang yang bersenam semasa berpuasa akan mengurangkan berat badan dengan cepat daripada orang yang bersenam tetapi tidak berpuasa. Manakala Dohm dan rakan-rakan (2008), dalam kajiannya membuktikan bahawa kandungan glukos dalam darah dapat dikekalkan walaupun kita bersenam sambil berpuasa. Jadi puasa bukanlah menjadi alasan kita untuk tidak bersenam.




Soalan Senaman, Pemakanan Pada Bulan Ramadhan
 
S : Bolehkah kita bersenam ketika berpuasa?
J : Ya, boleh tetapi ia bergantung kepada bentuk senaman.
 
S : Bila boleh bersenam cardio?
J : Ya, terutamanya jika ia bertujuan untuk pembakaran lemak. Senaman cardio 30-45 minit sebelum berbuka adalah sesuai kerana selepas itu, anda dapat mengembalikan tenaga selepas berbuka.
 
S : Bagaimana pula dengan intensiti senaman?
J Kita melakukan untuk, bukan untuk performance. Kalau anda berasa pening atau kurang selesa, sila berhenti. Senaman tanpa air yang mencukupi bukan mudah.
 
S : Bagaimana pula dengan latihan pemberat (weight training)?
J : Adalah tidak digalakkan sebelum berbuka.
 
S  : Bagaimana kalau kita melakukan weight training semasa berpuasa?
J : Kalau anda bertegas hendak melakukannya, anda harus ingat badan anda tiada tenaga untuk senaman berat yang berkualiti dan badan anda akan memecahkan otot untuk sember tenaga.
 
S : Apa diet yang sesuai untuk berbuka? 
J : Seelok-eloknya makanan seimbang. Makan perlahan-lahan, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk berasa kenyang.
 
S : Adakah kurma menggemukkan?
J : Ianya mengandungi gula, jadi elakkan pengambilan yang berlebihan dan jumlah kalori pula bergantung pada jenis dan saiz. 
 
S : Adakah kita akan kehilangan berat badan semasa berpuasa?
J : Ya, semestinya.
 
S : Apakah jenis makanan yang sesuai semasa bersahur?
J : Ianya bergantung kepada keperluan dan kegemaran individu.
 

Sumber : Utusan Malaysia; http://kevinzahri.com

© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: